Monday, 3 September 2012

Gambar Rangkaian Pergerakan Asas













Pelan Litar Pergerakan Asas


Kertas Kerja Pergerakan Asas (Ringkasan)


1.0     PENGENALAN

            Kertas Kerja Pergerakan Asas ini merupakan satu perancangan sebagai persediaan sebelum melaksanakan ujian amali pergerakan asas di samping untuk memenuhi proforma kerja kursus. 


2.0      MATLAMAT

    Matlamat melaksanakan tugasan ini ialah sebagai satu perancangan sebagai persediaan sebelum melaksanakan   ujian amali pergerakan asas dan memenuhi proforma kerja kursus.


3.0      OBJEKTIF

3.1    Dapat membentuk sikap bekerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.
3.2    Dapat meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas.
3.3    Dapat menguasai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dengan baik.
3.4    Dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan ahli kumpulan.
3.5    Dapat meningkatkan keyakinan diri ketika melakukan aktiviti pergerakan asas.
3.6    Dapat memanipulasi alatan dengan baik dalam setiap pergerakan.
3.7    Dapat meningkatkan komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan.


4.0     KUMPULAN SASARAN

         4.1    Tahap 2 ( 4, 5, 6 )

5.0     PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

           5.1. PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

   Bil.
Jenis
Pergerakan
Ahli
Aktiviti/ Kemahiran
Catatan
   1.
     Bukan lokomotor
( Berdiri )
       A, B, C, D
       A, B, C dan D berdiri sambil melambung dan menyambut gelung antara satu sama lain.

Gelung

       Kedudukan : Segi empat

   2.
Lokomotor
( Gallop )
A
       A gallop sambil memutar gelung di sisi badan.
Gelung
    3.
    Bukan lokomotor
( Berdiri )
  A
       A berdiri membongkok dengan kaki kiri diangkat sambil memutar gelung di atas lantai.
Gelung
   4.
Lokomotor
( Skip )
A
       A skip sambil melambung dan menyambut gelung.
Gelung
   5. 
    Bukan lokomotor
( Duduk )
    A & B
      A & B duduk melunjur di atas peti lombol sambil memutar gelung di sisi badan.
-       Gelung
-       Peti lombol
  6.
Lokomotor
( Berguling )
    B & C
       B & C berguling sisi di atas tilam sambil menggolek bola di atas lantai.
-       Bola
-       Tilam
7.
     Bukan lokomotor
( Mengilas )
    B & C
       B & C mengilas sambil melambung dan menyambut bola.
Bola
8.
Lokomotor 
( Berlari )
      B & C
       B &  C berlari sambil melantun bola di atas lantai.
Bola
9.
    Bukan lokomotor
( Meringkuk )
  D
      D & A meringkuk dan meregang sambil menggolek bola menggunakan tangan.
Bola
    10.
Lokomotor
( Berjalan )
      D & A
       D & A berjalan membongkok melalui skitel sambil menggelecek bola dengan tangan di atas lantai.
-       Bola
-       Skitel
  1.
    Bukan lokomotor
( Pusing )
     D & A
      D & A memusing sambil melantun bola di atas lantai.
Bola
12.
Lokomotor
( Melungsur )
     B & C
       B & C melungsur di atas bangku gimnastik ke hadapan dan mengundur sambil melantun bola di atas lantai.
-       Bola
-       Bangku gimnastik
  13.
    Bukan lokomotor
( Mengilas )
     B & C
      B & C mengilas sambil melantun bola di atas lantai.
Bola
  14.
Lokomotor
( Merangkak )
B
       B merangkak melepasi tangga sambil menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan tangan.
-       Bola
-       Tangga
  15.
    Bukan lokomotor
( Melentik )
     B & D
      B & D melentikkan badan ke sisi dalam posisi berdiri sambil memutar tali.
Tali
16.
Lokomotor
( Melompat )
     C & D
      C & D melompat sambil memutar tali ke seluruh badan.
Tali
  17.
     Bukan lokomotor
( Duduk )
    D
      D duduk sambil memutar tali di atas kepala.
Tali
  18.
  Lokomotor  
( Ketinting )
     A, B, C, D
       A, B, C dan D ketinting sambil memutar tali dalam barisan.
Tali

  19.
Lokomotor
      (Lompat layang)
   A, B
      A melompat layang di atas papan anjal sambil melambung tali dan B melompat sambil menyambut tali.
-       Tali
-       Papan anjal
  20.
Lokomotor
( Berdiri )
     A, B, C, D
       A, B, C dan D berdiri kaki sebelah sambil memutar tali secara berangkai antara satu sama lain.
Tali

      Kedudukan : Bulatan


  






Pergerakan Asas


1.0 Pengenalan

Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Semester 2 Ambilan Januari 2012. Bagi subjek ini, guru-guru pelatih akan didedahkan mengenai konsep pergerakan asas, di mana secara khususnya dibahagikan kepada pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan juga pergerakan yang melibatkan manipulasi alatan. Salah satu tugasan yang telah diberikan kepada guru-guru pelatih bagi subjek ini ialah menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu melaksanakan rangkaian pergerakan ini melalui 20 stesyen yang telah ditetapkan.